Belajar Bermain Gitar - My Fingerstyle
Pernahkah korang terfikir ingin menjadi seorang pemain gitar profesional? Ataupun ia hanya sekadar hobi dimasa lapang. Hmmm, Khai memang sangat minat bermain gitar dan menjadi hobi kegemaran Khai sejak di bangku sekolah lagi. Gitar Kapok merupakan
gitar pertama Khai, My dad yang belikan sebagai hadiah PMR 2001 :D.
Dari situlah saya mula untuk belajar main gitar. Gitar itu masih ada
sampai sekarang ^_^.. Thanks Dad!!
Biasanya, mereka yang gemar bermain gitar akan bermain sambil menyanyikan lagu. Bagi Khai ia adalah sebaliknya. Saya lebih gemar untuk mencari kod lagu, dan memetik melodi irama gitar untuk menyamai lagu tu. Hmm, ia lebih dikenali sebagai "Fingerstyle Accoustics".
Khai tidak pernah menghadiri mana-mana kelas belajar bermain gitar, mengupah tutor ataupun menggunakan tab. Saya cuma belajar sendiri di rumah dan bersama dengan rakan-rakan. Kalau korang nak tahu, benda pertama yang Khai belajar ialah mengenali kod-kod asas gitar.
Kalau kod asas pun tak tahu, memang susah nak cari kod untuk lagu,
apatah lagi if korang nak main bermain fingerstyle accoustics :D.
Kod asas Gitar ada 14 kesemuanya. Terbahagi kepada dua iaitu kod Major
(A, B, C, D, E, F, G) dan kod Minor (Am, Bm, Cm, Dm, Em, Fm, Gm). Serupa
belajar ABC ^_^. Err, Khai bukanlah sifu ataupun guru muzik, cuma nak share camna cara Khai belajar main gitar.
Apa yang Khai buat untuk pandai bermain gitar ialah "Meniru" ^_^.
Korang jangan salah faham, Khai meniru bukan maksudnya plagarism tau!
hahaha. Meniru bagi Khai, ada dua cara, iaitu melalui penglihatan dan
melalui pendengaran. Kalau digabungkan Penglihatan, Pendengaran dan praktikal,
memang dah boleh main. Tapi korang kena ingat, kod-kod asas gitar,
korang mesti tahu, baru senang bagi korang nak cari kod lagu ^_^.
Bila dah pandai kod-kod basic gitar, korang just Practice, Practice, Practice, Practice, Practice and Practice. Pilih 1 lagu kegemaran korang dan tumpukan pada lagu tu, sampai korang master.
Semakin banyak kali korang berlatih, semakin terrer lah korang bermain
gitar. Kalau dah terrer tu, sambil tutup mata pun korang dah boleh main.
Bagi korang yang berkemampuan, korang janganlah ikut cara ni. Cara ni cara zaman batu dan menyusahkan. Korang memang sangat bertuah if dapat masuk kelas muzik.
Di sana korang akan lebih advance, boleh membaca Taugeh(Note) dan tabs.
Cuma yang menjadi persamaannya ialah, korang masih kena practice berulang kali untuk menguasai lagu yang korang nak main.
Besar kemungkinan, Khai akan cuba untuk Upload Video Khai bermain Fingerstyle Accousics ni dalam post akan datang. Tapi gitar Khai tinggal kat kampung :(, tak apa, saya akan beli gitar biasa tuk sementara waktu :D
Bagi korang yang dah singgah sini, korang singgahlah tengok video di bawah ni. Minuette in Fingerstyle yang dimainkan oleh Sungha Jung di hadapan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak sewaktu lawatan beliau ke South Korea 2011. Enjoy!!
Read more: http://www.khaiangel.com/2013/03/belajar-bermain-gitar-my-fingerstyle.html#ixzz2VKDwkJyF
DO NOT re-post as your own work. Please give Credits with do-follow link.
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial Share Alike
Follow us: @KhaiAngeLz on Twitter | Khaiangeldotcom on Facebook
Tidak ada komentar:
Posting Komentar